Monday, May 24, 2010

Jahitan Senang Yang Katanya Payah Darah Memancut

Anda marah ?

kecewa ?

sakit hati ?

derita ?

sayu ?

hiba ?

sebak ?

gara-gara ajaran saya dalam entry yang lepas tentang tapak sulaiman (jangan bimbang saya juga sayangkan alam)

atau gara-gara masih tidak dapat menjahit easy stitch itu ..?

Saya tidak pasti berapa ramai yang telah cuba dan berapa ramai yang memancut-mancut darah mengalir demi mahu mencuba easy stitch tanpa tapak .

Ok. Hari ini sekali lagi puan-puan sekelian saya akan tunjukkan caranya langkah demi langkah.

Ehemm.... Sila ambil perhatian. Tumpu betul-betul jangan bising dalam kelas. Kalau yang sedang baca blog ni time pejabat ... abaikan semua tugas .. tolak tepi fail semua ... kalau boss panggil cakap :-

"Shooohh... ni si anique nak bagi tutorial lagi ..
bukan terrer pun dia tu .. tapi ada hati nak ajar orang ..
tapi tak pa boss saya tengok tutorial dia dulu"
.


Kalau nak beli cucur pisang pun sila beli sekarang, entry ni mungkin panjang ... nanti lapar.



Ok


Ini mesin jahit

hahahaha




ok ok serius



Ini adalah keadaan mesin dengan tapak yang biasa
(di sini dog foot telah berada di bawah)



ini adalah tapak free motion



ok sekarang apa yang perlu kamu buat ialah buang semua tapak-tapak tu semua sehingga telanjang

Astagfirullah

ya telanjang seperti ini



beginilah keadaan jarum tanpa tapak


Masukkan jarum dan benang dan bobbin seperti biasa.


Bergantung kepada jenis mesin , sekarang kita boleh turunkan dog foot yang disebut-sebut itu. Untuk mesin Bernette seperti saya suisnya terletak di belakang mesin .





Ini adalah keadaan biasa bila dog foot berada di atas



Kita hanya perlu tolak ke kanan untuk menurunkan dog foot

menjadikan ia terus turun takhta



begini



Sekarang kita sudah boleh mula menjahit. Saya tidak pasti dengan mesin yang lain, tapi kita perlu melakukan sesuatu agar benang di atas akan dapat "menangkap" benang di bawah .... dengan Bernette saya hanya menukar kedudukan jarum ke paling tepi ... sebab benang bawah bila tanpa tapak dia akan berada di tepi sekali .



Lihat kedudukan jarum yang kini sudah berada di tepi mengikut kata skrin.
Kalau mesin tak ada skrin ubah kedudukan jarum agar dia ke tepi.



Ok sekarang dengan penuh hati dan berhati-hati mulalah menekan pedal untuk menjahit




Jangan panik bila mula menekan pedal

bayangkan macam bawa kereta

cuba seimbangkan kelajuan mesin dengan benang dan kain

untuk pertama kali cuba lukis dulu sesuatu di atas kain dan cuba ikut lukisan tersebut


Orang yang penuh kasih sayang akan menjahit menulis

"Love"


Cuba cari kesesuaian benang dan kain serta tekanan. Bermain-mainlah di situ hingga kamu dapat rasakan "feel"nya. Kalau kamu jenis rugged rock mcm saya ... jahitan herot petot pun akan masih nampak cool. Kalau kami jenis sopan detail dan kemas macam Maya, pun boleh juga. Hanya perlu pandai menggerakkan jarum dan benang mengikut kemahuan. Ada juga ketikannya saya tidak menurunkan dog foot untuk garisan lurus tapi rock(apa tu) ...tak apa kamu cuba saja !


Nanti kalau dah cuba blog kan lah boleh kita tengok


Ok

Sekian untuk kali ini. Hingga bertemu lagi di lain rancangan


Salam Sayang

(ewwwwwwww)


Ann


16 comments:

Diah Rothman said...

Ann, leh lah KD pi belajaq.... tapi KD tak der mesin canggih cam tu... macam maner.... Mesin KD yang tok nenek punya..... :(

a.n.i.Q.u.e said...

Kak Diah ni buat lawak nak belajar dgn Ann .. Ann yg dok plan nak pi belajar dgn Kak Diah tau ... yg jahit merapu mcm easy stitch tu ok la.. haha

serius Kak Diah tak perlu mesin haibat. Dorang pakai mesin Singer lama tu saja !!! Betul !

Ann pun dok ingat nak angkut mesin Singer Tok Ann tu pi perbaik .. try tengok jadi mcm mana ...

Rosh said...

errr... blh cuba ni tp kena nekad. kamikaze. sifu ann, i'll try my very best...

Mila@Rimbun said...

niat nk try jahit free moion camni dah lama tp tk berkesampaian lg... thanks for the valuable tutorial...

Azaidris said...

Tq for the tutorial.
Clear skit la ..td nmpk bayang2 je
(nmpak anjing & tapak sulaiman ;)
Nak kena godek2 dulu mesin. Mesin tak canggih..al-maklumlah. Tang dog foot leh sembunyikan tu tak tau lagi. Kalau berjaya nnti i kasi tau..

MyBotanG said...

i tried without any tapaks.. seriau sket aa.. rasa x selamat but sukses :D te ri ma ka sihhhh cikk guu *nada berlagu ala-2 murid djh 1 melati :D

a.n.i.Q.u.e said...

rosh: ya begitulah murid2.. tengok rosh ni bersemangat sanggup bunuh diri nak jahit easy stitch ...

rimbun: trylah ... mana tau you may like it ....

aza: ha ahh kan mana nak nampak kalau asyik dok sebut kaki anjing ... huduh betul nama diberi ... kalau dia letak nama siti maisara ka ... lawa la sikit

sue: jahit tu janganla sua jari ke jarum ... tunjukla hasilnya wehhh...."Terima Kasih Murid2 sila duduk "(jawab Cikgu Kelas 1 Melati)

Anasfadilah said...

thanks for the tute..balik boleh cuba telanjangkan mesin..hahahah

Ummi-Izah said...

tengkiu ann..nanti nak cuba juga..sebab tgk easy sitch nih

Ummi-Izah said...

sebab suka tgk easy stitch nih..

Maia said...

saya tak pernah try jahit guna mesin telanjang cam tu.. nanti nak try.. tapi mesin saya takde dog dog tu..

tq ann!

a.n.i.Q.u.e said...

Anas:bokbaik .. kalau nak telanjangkan pun jangan kasi



Umi: sib baik umi betulkan ayat .. mula saya baca tengok easy, stitch ni. hahaha .. thanks for dropping by


Maya: What a pleasure to have you here at my web ...( hahaha mcm labah2 greet tetamu kan...?) actually i think I just pave the way .. for beginners like me i still find it hard at times .. maybe seniors (not in terms of age ok) like you can do much much better ... and improvise it further ....

Thanks

:-)

a.n.i.Q.u.e said...

Anas: Ya Allah tulih tak habih jawab komen you Anas ... hahaha what i meant was kalau nak kasi jarum tu naked pun jangan kasi anak tengok .... hahaha

MamaDaniel said...

owh...itu macam ka...
baik cikgu..kalo saya ada problem..saya akan refer kepada cikgu semula.. mesin saya juga tiada skrin.. mesin tok mak.. hahaaha

Jane said...

Hi Kak,
I am very interested in doing the easy stitch without using the foot
dog. I have a singer machine but do not know how to lower the foot dog. Any link you could provide me for guide? Thanks so much for sharing

a.n.i.Q.u.e said...

Hi Jane .... different machine has different ways of lowering its "dog feed" (apparently i was told by Kak Niza that its called dog feed) .. and maybe it will help if you can tell me which type of Singer machine you are using ......

thanks for dropping by !