Walaupun di saat-saat akhir di atas katil, Tok tidak lagi boleh bergerak bebas, aku pastikan baju, kain batik, sarung bantal sarung tilam semuanya yang kemas dan cantik. Tok sukakan yang cantik. Hatta ketika mandikan jenazah, tuala yang digunakan putih bersih , kain batik panjang juga adalah buatan jawa yang lama Tok simpan. Telekung terakhir yang dipakaikan ke tubuh Tok adalah telekung mahal dan cantik milik mak. Aku mengendalikan jenazah Tok dari awal hingga akhir walaupun gagal berada di samping Tok ketika dia meghembuskan nafas akhirnya. Apabila sampai sebaik sahaja mendapat berita, berulang kali aku beritahu Tok:-
“Ann dah sampai Tok”.
“Maafkan Ann Tok, Ann terlambat ...”.
Sakitnya terasa kehilangan seorang yang menjadikan aku adalah aku hari ini. Yang paling memanjakan aku lebih dari yang aku perlukan. Kasih melimpah yang tak bertepi. Memimpin tangan aku sedari kecil untuk mengenalkan aku dengan “khaliq” dan menjadikan bacaan Quran aku lancar dan khatam awal. Mengajar aku segala jenis doa. Yang membela aku ketika aku terasing, mendakap aku rapat ketika aku berduka. Kasih sayangnya akan sentiasa mengalir dalam diri ini, selalu.
Sejuk terasa dahi Tok tiap kali aku mengucupnya dari awal aku sampai di tepi jasadnya yang kaku hinggalah kucupan terakhir aku berbisik pada Tok
“Kita jumpa lagi di sana nanti Tok”
9 comments:
Innalillahiwainnailaihirojiun.....
Alfatihah untuk arwah Tok dan takziah buat Ann dan keluarga!
Salam takziah ya kak ann...Alfatihah...It's hard losing someone we love & holds a special place in our hearts. I feel you.. *hugs*
alfatihah
semoga roh arwah dicucuri rahmatNYa.. amin
Alfatihah.
Takziah untuk k.N dan family
Alfatihah untuk arwah tok kak Ann. Takziah untuk kak Ann sekeluarga.
al-atihah dan takziah ...
Takziah kak Ann & keluarga.. semoga roh Arwah Tok dicucuri rahmatNya.. Alfatihah..
Terima Kasih semua .. doa dan ingatan kalian sangat dihargai .... tak terkata bila mendapat sokongan semua ...
hugs to ALL
asm anique...found your blog today and scrolled down your entries one by one. i stopped by this entry. it brought tears to my eyes. i feel for you, anique. i too.... lost my dear uwan recently.
al-fatihah untuk nenda berdua...semoga roh nenda berdua dicucuri rahmat. aamin.
Post a Comment