Rumah saya ada dua buah. Satu kecil dan satu besar. Saya suka rumah rumah saya sebab mereka comel dan kurus macam saya. Rumah saya ada pokok bunga dan juga burung. Saya tidak tahu kenapa burung itu lebih besar dari rumah saya. Pokok bunga juga agak besar dengan rumah. Tapi tak mengapa ini rumah saya jadi saya tak kisah dengan cakap-cakap orang. Orang mungkin akan kata rumah saya pelik, atau kecil dan tidak sesuai dengan saya. Rumah saya adalah dunia saya, kita tak perlu rumah besar untuk merasa bahagia ... kebahagiaan terletak di hati, bukan pada berapa ribu harga sofa, oh ya sofa saya juga sudah tak bertukar sarung beberapa tahun sudah ...
Saya tahu saya cakap merapu, mungkin sebab saya tidak sihat ... dan demam. Cuaca sangat panas sekarang. Maafkan saya.
Semoga kamu semua sudah bersedia dan bergembira mahu menyambur Ramadan Karim.
Jangan cemburu kami di Kedah dapat cuti sambut Ramadan
I m going to have long weekend ...
yeehaaa
:-)