Monday, April 18, 2011

Rahsia Free Motion



adalah pada mata anda puan-puan

bila mula menjahit dan jarum sudah mula berjalan,
tumpukan mata pada bentuk dan garisan yang diingini

jangan tengok pada jarum yang sedang bergerak
tengok pada arah mana yang akan anda bawa jarum itu

tangan secara automatis akan mengikut arah yang telah mata tetapkan

macam naik basikal

kita tak tengok pada tayar basikal tapi pada jalan yang di depan

cuba naik basikal ikut jalan sehala yang bercat putih

untuk basikal tetap di atas jalan yang bercat putih mata kena lihat pada cat putih itu

dan kalau nampak lubang
jangan tengok lubang
kalau kamu tengok lubang kamu akan masuk dalam lubang
tindakbalas badan kita akan mengikut mata kita
bukan niat di hati ....

niat di hati nak elak lubang
tengok2 dah ada dalam lubang

hahahaha


:-)


buat mcm Zila praktis ikut bentuk-bentuk bunga atau haiwan dan lain-lain bentuk

sebagai latihan mengajar mata mengikut arah yang kita mahu

selamat mencuba !!!



ps:-



tak percaya apa saya cakap petang kang amik basikal anak cuba naik tengok






:-P


6 comments:

Mila@Rimbun said...

hahaha.. lawak betul tutorial kak N niii. Bila pikir2 balik masa buat FMQ, betullah.. kena tgk kat mana jarum nak g, bukan tengok jarum. saya ni masih lagi belajar2 nak control stitch width, susah betul. ada jer yg terpanjang langkah. apa pon.. thanks for the tip kak N,akan ku ingati selalu

Zura said...

hehe great tip kak ann...teringin nak buat free motion tp malas gi cari tapak nye huhu...

Anonymous said...

Salam, tips yang best.. put into words, dengan analogy yang mudah difahami, heheh! ..sebenarnya kalau saya nak jahit straight pun, same concept. 'pandang jauh ke depan' siap blurkan pandangan mata lebih dramatik.. then tekan pedal laju2. lebih straight dari jahit slow2 sebenarnya.. ;P

Rosh said...

nk gak tera dlm free motion ni setera naik gerek(basikal) tp.. tapak pon xdak lg.. umpama naik gerek xda tayar.. hahaha...

sifu, sila beri tunjuk ajar... hait!

ct N honey said...

saya cuba juga buat cam tu...susah le.sbb semenjak menjahit tgk jarum je..saya pun dpt tahu info ni dulu dari yg pakar menjahit juga.....

MamaDaniel said...

hahahahaha...

tutorial yang paling suci murni..

hahahahah..

saya faham.. saya akan cuba.. tapi kalau masuk lubang juga.. saya akan keluar balik dari lubang itu.. dan cuba lagi...

thanks Kak An!!!! i lub u!!