Tuesday, March 30, 2010

Antara Ciri-Ciri Seorang Crafter Yang Solehah

Ya Puan-puan ... sebagai seorang crafter kita sepatutnya mempunyai etika tertentu yang dapat dijadikan panduan dan pedoman demi kesejahteraan dan kebaikan bersama. Bukan mudah untuk menjadi crafter yang solehah dan berakhlak mulia jika masih terdapat sifat "mazmumah" dalam diri yang akan menjejaskan kredibiliti kita sebagai Muslimah Crafters sejati.

Di bawah ini saya senaraikan tiga (3) perkara penting yang patut menjadi pedoman semua:-


1. Sabar

Tidak tergedik atau terkinja-kinja bila melihat fabrik cantik menawan seperti di bawah

Ini kain semua ada kat kedai kawan aku kat PondokCraft


2. Menjaga Pandangan Mata

Tidak men"google" atau mem"blog-hop" tidak tentu arah melihat-lihat website yang mensajikan fabrik-fabrik cantik dari designer-designer tersohor

Rasanya website nih dah tak payah diperkenalkan


3. Tidak Membazir

Ya, ini sifat paling penting .... sebagai crafter kita patut sedar diri akan kemampuan diri dan kemampuan wang di tangan bila mahu membeli fabrik-fabrik terhebat.


Kalau ada takat Dua Belas Ringgit Pat Kupang ..

payah la kan



Lagipula, apalah gunanya mempunyai bertimbun-timbun fabrik memenuhi ruangan rumah bila diri baru saja belajar membuat potholder, apa lagi bila potholder itu sangatlah berterabur jahitannya.




Sekian. Selamat Beramal



Wassalam.


P/S: Apa yang baik itu adalah dariNYA dan apa yang tak baik itu datang dari fabrik-fabrik lawa yang tak mampu aku beli.


:-|

5 comments:

Zura said...

Salam kenal. Hi Anique :) Cute post. Love it, honestly. Read through all your posts and suka your voice (in writing that is). Keep on creating, your getting there, nice eye too.

p.s: Kalau nak beli kain boleh email anytime hehe sorry can't help it :D I memang suka goda orang so that boleh kurang sket ke "guilty"-an mengumpul kain like a mad woman I am...

p.s.s : I bayar zakat kain kira aci tak jadi Muslimah Crafters? hehe

Smiles,
Zura

a.n.i.Q.u.e said...

Ohhh No... the famous Zura from LoveMeLots ... and the first one to put a comment in my blog ! haha wow !

thanks Zura for all the nice words !

Memang dah tergoda lama tengok fabrik2 you ! terketar2 tangan nak order tapi bimbang kalau beli .. eshh sayang kain mahal kalau takat jadi pemegang periuk panas sahaja ....

:-)


Mak aiii zakat kain youuuu .... haibat .... make sure cukup 'haul' dah la ..... hahaha. Apa kata you zakatkan kain2 you tu kat i .....

:-P

Zura said...

Hahaha comel...meh bagi address I zakat kan half yard, tapi syaratnye kena jait anything BUT pemegang periuk panas tu boleh? :D Pastu kalo suka boleh beli hehe

a.n.i.Q.u.e said...

Zura:wahhh baik hatinya .... ini memang Muslimah Crafter sejati yang suci hati ..(tu dia aihh jack)... hahah nervous lah pulak siap bagi syarat jangan buat pemegang periuk panas ....

ok ok i' ll contact u soon

Sweetie Garden said...

salam kenal anique,...
benar2 post yang bagus