"Bersyukurlah dengan apa yang ada" kata Dato' Siti
Kalau dah boleh jahit begini ....
cukuplah tengok sekali saja ...
tak payah lah belek lama-lama
atau perbesarkan gambar
Lagikan hidup pun tak sempurna, inikan pula jahitan aku
Inilah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan bila kita bertungkus lumus ke kelas Pondok Craft belajar menjahit quilt. Tanpa rasa bimbang dgn "track record" aku yang tidak berapa baik pada kelas pertama, Kak Dida dan Sri menerima aku sekali lagi hari ini di dalam kelas mereka. Aku rasa mereka pasti merasa lega kerana kali ini aku mengheret mesin jahit aku sendiri.
Aku tidak mahu bercerita panjang kerana kamu pasti tidak percaya akan beberapa perkara mistik yang berlaku pada aku .. ya hanya pada aku, sewaktu belajar membuat sarung kusyen tersebut .. Perkara ini turut diakui tenaga pengajar yang masih menjadi misteri kepada mereka. Bayangkan bila pada mulanya tidak terlihat langsung cacat cela tetapi tiba-tiba muncul kecacatan itu kemudiannya pada sarung itu.
Seperti satu ilusi .. itulah yang kamu lihat pada sarung kusyen tersebut.
Pun begitu aku rasa apa yang aku hasilkan ini pasti akan membuat air mata mak dan nenek aku menitis laju terharu
"Ohh.. Tuhan ... Anak /Cucu aku dah pandai pegang jarum"
:-)
7 comments:
Congratulations Ann!
No matter what it came out to be....knowing you all these past years....personally I can't believe my eyes too...you have changed!
Love the new you... all the best and happy sewing and stitching!
:) Nice.Saya teringin nak buat. Tapi kerja tu macam perlukan masa yang lama dan kerajinan yang lebih je.
Gila apa boleh jahit sampai macam nie. Nampak macam complicated ! Well done my sis. Bukan mak dan tok saja keluaq ayaq mata, adik adik dan abah dan juga pak lang mak lang pak cik pun boleh keluaq ayaq mata nie !
Syabas and proud of you sis !!!!Keep it up!
lawanyer sarung kusyen nih...
congratulations!!!!
Saya pun keluar air mata...!
Kak Diah : Thank you so much for your support and encouragement ... I really appreciate them . Coming from someone like you means a lot !
Azza: Thanks for dropping by. Haha ya memang memerlukan kesabaran tahap gaban dan kerajinan tahap ultraman ... sesuatu yg agak sukar bagi yg benginner mcm saya :-P
Adikku: Turut merasa terharu ..... (sambil mengelap air mata) ... tidak sangka saya jadi begini .. sekarang ... kalau diri saya yang 20 tahun lalu atau 15 tahun lalu atau 3 tahun lalu atau yg tahun lepas datang tengok diri saya sekarang .. pasti beliau pingsan dan turut menangis terharu jua
Aliza: ohh .. awak juga .... mai mai mai sama dengan famili i pakat keluaq ayag mata .. mai nahhh
Ila: ... terima kasih terima kasih .... sifu saya yang pilihkan kain ....
Post a Comment