Saturday, April 3, 2010

Jangan Tunjuk Pada Boss Felt Yang Kamu Terima Secara Pos Di Pejabat


Pada suatu hari, dua bungkusan felt telah sampai di pejabat aku. Kedua-dua bungkusan sampai pada masa serentak, satu dari kedai online (MarinaCraft)dan satu dari adik kesayangan yang membeli satu keping "extra" felt kepada kakaknya dan juga sanggup berbelanja wang pos laju mengirim kepada kakak di utara tanah air ini.

Untuk makluman pembaca budiman, felt juga terdapat beberapa jenis, felt yang diperbuat daripada 100% wool rasanya lebih lembut daripada felt yang dimasukkan campuran polyester. Pegi tengok kat TiniHani punya blog kat sini, dia ada kasi tau jenis-jenis felt.

Sengaja aku belikan dua-dua jenis felt itu untuk melihat *perbedaannya. Belian yang dibeli secara online adalah 100% wool dan felt yang bercampur polyester, aku minta tolong adik kesayangan belikan ...

Tersangatlah "perak"nya aku menikmati *perbedaan kedua dua jenis felt itu ..

Sungguh ralit aku membelek-belek felt yang baru sampai itu bila boss besar tiba-tiba datang sebelah aku .

Tanpa panik aku berkata kepada boss besar


"Boss, cuba boss rasa beza dua kain felt ini .... yg ini 100% wool tau ..
yang satu lagi ni .. ada campuran polyester"


Boss pun mengambil felt tersebut dan kemudian berkata kepada aku


" Adakah dengan merasa perbedaan kain felt ini ...
dapat meningkatkan pendapatan ofis?"


:-D

*aku suka guna perkataan "beda" selepas demam cerita "Bawang Putih Bawang Merah" **
.
.
.
**ok aku tipu .. aku tak pernah tengok cerita tu .. aku obses dengan segalanya Indonesia 

1 comments:

time to enjoy said...

poyo sungguh ayat itu.kelakar tul.akak ni memang selamba.tengok hasil keja pun dah tahu. keep up the gila2 work