Friday, May 20, 2011

Hantu Kak Limah Kak Ann Dah Balik Rumah


Gambar saja la yang banyak dibawa balik. Minta maaf sebab tak banyak souvenier yang dibeli, sebab pergi dengan menggalas beg di belakang ... memang agak tersiksa bila barang banyak.

Bila tengok benda2 craft, memang teringat kat kawan-kawan crafters saya kat sini.

Ayu pun asyik tanya kedai quilt atau kedai kain kat sana. Terus terang saya katakan ... Italians are not quilters ... mak aiii kalau depa dengar sure kena serang blog ni. Betoiii .. ada tu ada .. tapi jenuh cari dan saya memang tak jumpa . Kedai kain banyak tapi kain yang mcm Bern@ard Ch@ndran guna buat baju pengantin, bukan kain cotton yang lawa2 macam kita tengok kat blog atau website kawan2 kita kat sini.

Tapi saya ada jumpa kedai macam ni banyak kat sana, kat Rome ada . Florence ada, Milan ada .. rasanya macam projek kedai franchise gitu.


depa jual apron sarung tangan baju budak yang kecil2
simple gitu tapi boleh customize minta jahit tulisan atasnya


video


And they use free hand motion !!!

rasa nak nangis tengok

terharu


patut beli sapu tangan satu kan tulis nama sendiri
buat lap air mata


:-)

I m glad to be back and cant wait to get my hands on the machine