Thursday, September 15, 2011

Orang Yang Demam Perlukan Kasih Sayang Dan Majalah Yang Cantik Walaupun Tak Faham Majalah Itu Yang Berbahasa Thai


Saya jumpa edisi pertama majalah ini pada tahun lepas sewaktu berkunjung ke Thailand. Cakap macam melancong gitu padahal naik kereta tak sampai 30 minit dah ada kat pekan Siam tu, Danok. Benarlah cinta itu buta. Biarlah tak faham sepatah habuk pun tak mengapa asal sedap mata memandang melihat gambar2 di dalamnya. Maka sejak dari itu, bila ke Danok saja mesti cari majalah ini.




Saya suka majalah ini kerana ia memaparkan cara hias rumah yang simple mudah dan cantik. Bila kita lihat gambar-gambar di dalamnya kita seperti terasa:-

"ehh aku mampu buat mcm ni"
"Ehhh boleh ja aku amik lemari Tok cat kasi cantik dan letak kat bilik"
"Simplenyaaaa ...."


hiasan yang cantik menggunakan gabungan modern dan asli


kalau tak silap ini hiasan untuk kedai makan
i just love the bamboo fence !


Kebanyakan gambar yang diambil adalah dari rumah orang biasa yang berseni


yang bestnya rumah kampung pun dihias cantik rasa mcm sukaaanyaaaa



kalau rumah modern pun masih tetap sedap mata melihat dekorasinya



ni rumah crafter nih
tengok sempoi jaaa kan tapi cantik sangat
almari kain pun mesti rembat nenek kat kampung dia punya kan


ada juga resepi di dalam majalah ni
kadang rasa mcm nak ikut
tapi tak pasti daging apa dia pakai
(piiirahhh nak ikut resepi konon, macam paham kannn )

hahaha



kadang ada juga dia ajar cara2 nak cat atau bertukang




tengok rumah kampung ni
rasa mcm nak balik kampung suruh nenek cat rumah dia mcm ni kan...



Bukan selalu saya ke sempadan, rindu selalu mebuak2 pada majalah ini. Minggu lepas jumpa kat online dan saya pun tanpa berlengah masa terus ja order, ada yang dah out of stock. Hari Selasa baru ni terus dapat, sampai saya terlompat-lompat ....


Bukan tak suka majalah hiasan rumah kat Malaysia, tapi kadang rasa bila buka baca, eshhh mcm hiasan perabut tu semua untuk orang2 kaya berduit saja .... tak adanya nak jumpa gambar bilik tidur sempoi mcm kat bawah ni kat dalam majalah dekorasi Malaysia...


cozy gilaaa kan




sweet !

Sekian dari saya yang
memblog dari atas katil

:-)



9 comments:

Suzie said...

Suka la aniq....suka almari kain tu suka katil pangkin tu ...hmmmmm demam ye cian..hehehh

Aneesah said...

"Bukan tak suka majalah hiasan rumah kat Malaysia, tapi kadang rasa bila buka baca, eshhh mcm hiasan perabut tu semua untuk orang2 kaya berduit saja .... tak adanya nak jumpa gambar bilik tidur sempoi mcm kat bawah ni kat dalam majalah dekorasi Malaysia..."

Heck yesss. Mungkin ramai je yg suka style rumah "cantik2" kat Malaysia dgn perabot kayu jatinye and decorations at every corner.... tapi my taste agak different. Sangat suka style2 dalam magazine tu jugak, barulah realistic and practical and unik and ikut bajet orang biase2 macam kita. n__n

My Life My Journey.. said...

Ann,
Fa rindu sgt kan Ann, tlg la activate semula akaun FB Ann tu.. Satu lagi blk Swak sok nak minta tlg Ann deco2kan rmh ikut magazine siam tu boleh?! Salam syg!!!

Yoon said...

betullah kak Ann... sempoi2 je design dia tapi cantik... demam ye? get well soon....

Rosh said...

sempoi but cun! err... baru ja balik dr rmh mak saudara td. Ada lalu pekan jitra, Tetiba teringat u. Ehem, bila nk buat open hse nih...

Rosh said...

btw... get well soon! jgn takut mkn ubat nooo...

dijadeja said...

wahh bestnya mag!!kalu bli online kat mana ye?berminat la nk bli=)

a.n.i.Q.u.e said...

Suzie: ha ahhh demam (suara sayu) hahaha ... best kan tengok almari kain tu ... rasa Tok saya ada satu kat rumah dia ... hmmmm

Aneesah: spot on !!! mungkin memang majalah dekorasi Malaysia target market dia adalah mereka yang mampu .. hmmm meh buat majalah dekorasi cantik bagi orang biase2 mcm kita .. mehhh sure laku kannn


Fa: alahaiii Faaaa ... hmm nantilah ann masuk balik FB .. wahhh nak pi decorate rumah Fa nun jauh di sana ... haha ...ann buka id lah Fa, takat baca majalah siam tu apalah sangat ... ehh bukan baca.. tengok

Yoon: cuaca agaknya tu yg demam .. snow turun tak berhenti2 kat Jitra nih ,, muahahahaha

Rosh : eshh eshhh dah lalu awat tak try call ka singgah mai ... open house ? .. ai say mannn ... not this year lah kot kan ... nanti kita try buat gathering geng craftzone malaysia utara best kannn


dijadeja: ha ahh memang best majalah ni ... beli online dorang hantar terus dari Bangkok, kalau tak online kat Danok ja dah bolej beli. cuba try google myhome thailand.

Mila@Rimbun said...

bestlah mag niii... saya ni dulu excited sekali dengan mag ID kat malaysia ni sampai subscribe bertahun, pastu nyesal.. sbb semuanya deco2 yg makan duit riban2.. manalah nak mampu, yg DIY nya cuma ada beberapa helai muka surat jerr..
klau dapat mag camni bestnyerrr...